June 16, 2012

Bestfriend.

Di pagi hari yang indah, telah pun disinari dengan sinaran matahari. Seorang perempuan dikejutkan oleh seorang lagi kawan perempuannya. Masing masing penat disebabkan mereka bergelak ketawa sebelum mereka melelapkan mata untuk tidur. Selepas mereka sudah menyiapkan diri, mereka meneruskan hari mereka dengan cerita menarik masing masing. Seharian itu penuh dengan macam macam cerita mereka. Tanpa disedari mereka kini tidak serapat dulu. Kini mereka seperti orang asing. Mereka tidak lagi bertegur, bergelak ketawa dan bertukar senyuman. Salah seorang daripada mereka berharap agar mereka boleh kembali rapat seperti biasa tanpa ada rasa marah, kecewa, waspada, serba salah dan sebagainya. Dahulunya, mereka selalu bergelak ketawa bersama, berkongsi cerita, bertukar pendapat, membincangkan masalah mereka. Boleh dikatakan mereka sudah seperti kakak dan adik. Disebabkan perasaan tertentu, mereka tidak lagi boleh rapat seperti yang mereka telah lalui sebelum ini. Si Adik hanya mampu melihat Kakaknya bahagia dari jarak yang jauh atau mungkin melalui kawan si Kakak.

Bertambah bahagia lagi kalau cerita ini sudah dibaca oleh si dia.