June 8, 2012

Fly away for 4 days~ (II)

Setelah selang 2 3 hari baru nak cerita balik aiyaa. Uhm okay okay. Sampai sana iaitu Saigon, tengok langit dah gelap gulita macam dah pukul 7. Kalau kat sini, dah maghrib dah. Tengok jam kat sana, alahai baru pukul 6. Kat sana, pukul 6 lebih ni dah masuk maghrib. Subuh pukul 4.30 camtu laa. Tu lah pengalaman kat sana. Dapat belajar bangun awal. Pukul 6 pagi kat sana, cerahnya macam pukul 8 pagi sini. Our travel guide said, ada dua nama untuk tempat ni. First, Saigon which is for tempat. Second, Ho Chi Minh just for their country side. Katanya....

Eh terlebih cerita. Malam pertama kat sana, pergi pasar malam luar Ben Thanh Market. Belum masuk lagi pasar tu, dah riuh rendah. Sebab....ada orang kena ragut. Hmm mula mula tu okay lagi. Dalam 10 15 minit baru terasa trauma and takut. Nak buat macam mana kan. Malam tu ditakdirkan gerimis. So ceq dan family pun redah jela hujan tu. First day kan? Takkan nak sia sia kan. Rambang mata betul masuk kedai kedai tu semua. Kalau boleh semua benda nak beli.

Continued...